Bilangan Iklan:

KHEDN/13/1.0/2-2024

​Pembekalan 'Packaging Box' Bagi Buku Dirgahayu

Tarikh dan Masa Ditutup:

2:00PM, 5/06/2024

Maklumat Perhubungan:

Bahagian Keselamatan dan Kesejahteraan (Hal Ehwal Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

Yuran Tawaran: BND$5.00 (tidak dikembalikan)

Syarat-Syarat Penyertaan:
 
1.    Penender adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat dan pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mula Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

2.    Penender hendaklah membuat pembayaran yuran penyertaan di Ruang Legar, Aras Bawah, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri jam 08:00 pagi – 11:00 pagi dan 01:45 petang – 03:00 petang pada hari Isnin hingga hari Khamis (kecuali hari Sabtu jam 08:00 pagi – 10:30 pagi sahaja).

3.    Penender hendaklah menggunakan borang asal yang dikeluarkan oleh Urusetia Jawatankuasa Kerja Penerbitan dan Pencetakan Buku Dirgahayu, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan boleh diperolehi di Bahagian Keselamatan dan Kesejahteraan (Hal Ehwal Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan), Aras 4, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri pada jam 08:30 pagi – 11:30 pagi dan 01:30 petang – 03:30 petang (waktu hari bekerja).

4.    Borang Pengakuan Penender hendaklah diisikan dengan lengkap dengan menyatakan bahawa syarikat yang ikut serta tidak mempunyai kepentingan atau pertalian keluarga dalam syarikat-syarikat lain yang menyertai tawaran sama dan menyenaraikan nama-nama pekerja tempatan yang bekerja di Syarikat yang mengikuti tawaran.

5.    Borang Sebutharga hendaklah disertakan salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan 16 & 17 / Form X yang masih sah yang menyenaraikan butir-butir perniagaan seperti nama, bilangan pendaftaran dan negeri asal, nombor kad pengenalan atau pasport pemilik. Syarikat yang berdaftar Sdn Bhd adalah dikehendaki untuk menghadapkan Certificate of Tax Compliance (COTC).

6.    Setiap satu borang tawaran yang lengkap diisikan dan disertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat yang tertutup rapi dan menulis dengan jelas dengan menyatakan Tajuk & Bilangan Sebutharga dan tarikh tutup Sebutharga tanpa membubuhkan sebarang pengenalan atau identiti Syarikat.

7.    Borang tawaran hendaklah dikembalikan dan dimasukkan ke dalam PETI KOTAK SEBUTHARGA, KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI yang ditujukan kepada: -

PENGERUSI

JAWATANKUASA SEBUTHARGA,

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI,

JALAN JAMES PEARCE,

BANDAR SERI BEGAWAN, BS 8610

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

 
8.    Mana-mana tawaran yang diterima selepas tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan.

9.    Mana-mana perubahan harga samaada dengan menggunakan correction pen tidak akan diterima. Perubahan harga adalah dengan memotong angka-angka yang tidak betul dan menuliskan angka yang betul di atasnya dan ditandatangani serta dibubuh cop syarikat.

10.    Syarikat yang berjaya hendaklah mematuhi setiap peraturan, perjanjian yang telah dipersetujui termasuk tempoh pembekalan dan segala maklumat yang terkandung di dalam borang sebutharga yang diisikan oleh syarikat berkenaan.

11.    Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri berhak untuk membatalkan atau menangguhkan sebutharga.

12.    Untuk sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi pihak Kementerian ini, Izyan Nayli binti Haji Abdul Aziz, Pegawai Pentadbir Tingkat Khas, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri atau Hajah Ani Artika Masfazida binti Haji Salim, Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, Bahagian Keselamatan dan Kesejahteraan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ditalian 2223225.

[Disclaimer: The below text is machine translated. For accurate information kindly refer the above text in original language.]

Number of Ads:

KHEDN/13/1.0/2-2024

Supply of 'Packaging Box' for Dirgahayu Books

Dates and Times Closed:

2:00PM, 5/06/2024

Contact Information:

Security and Welfare Division (Immigration Affairs and National Registration), Ministry of Home Affairs

​Offer Fee

Conditions of Participation:
 
1. Tenderers are invited from companies and suppliers registered with the Government of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam.

2. Tenderers must make the payment of the participation fee in the Entrance Hall, Lower Level , Ministry of Home Affairs Building at 08:00 am - 11:00 am and 01:45 pm - 03:00 pm on Monday to Thursday (except days Saturday at 08:00 am – 10:30 am only).

3. Tenderers must use the original form issued by the Dirgahayu Book Publishing and Printing Working Committee Secretariat, Ministry of Home Affairs and can be obtained at the Security and Welfare Division (Immigration Affairs and National Registration), Level 4, Ministry of Home Affairs Building at 08:30 am – 11:30 am and 01:30 pm – 03:30 pm (working days).

4. The Tenderer's Declaration Form must be filled out completely stating that the participating company has no interest or family relationship in other companies participating in the same bid and listing the names of local employees working in the participating company.

5. The Quotation Form must be accompanied by a valid copy of the Business Registration Certificate 16 & 17 / Form X which lists business details such as name, registration number and state of origin, ID card number or owner's passport. Sdn Bhd registered companies are required to present a Certificate of Tax Compliance (COTC).

6. Each bid form that is completed and accompanied by the necessary documents must be placed in a tightly sealed envelope and clearly written stating the Title & Number of Quotations and the closing date of the Quotation without attaching any identification or identity of the Company.

7. The bid form must be returned and put in the PRICE BOX BOX, MINISTRY OF INTERNAL AFFAIRS addressed to: -

THE CHAIRMAN

PRICE QUOTATION COMMITTEE,

MINISTRY OF HOME AFFAIRS,

JAMES PEARCE STREET,

BANDAR SERI BEGAWAN, BS 8610

COUNTRY OF BRUNEI DARUSSALAM

 
8. Any offer received after the specified date and time will not be entertained .

9. Any price change whether by using a correction pen will not be accepted. The price change is by cutting out the incorrect numbers and writing the correct numbers on it and signing and affixing the company's stamp.

10. The successful company must comply with every rule, agreement that has been agreed including the supply period and all information contained in the quotation form filled in by the company concerned.

11. The Ministry of Home Affairs reserves the right to cancel or postpone quotations.

12. For any questions, please contact the Ministry, Izyan Nayli binti Haji Abdul Aziz, Special Level Administrative Officer, Ministry of Internal Affairs or Hajah Ani Artika Masfazida binti Haji Salim, Senior Special Duties Officer, Security and Wellbeing Division, Ministry Internal Affairs on line 2223225 .