|
Syarat-Syarat untuk mengikuti tawaran sebutharga
adalah seperti berikut:-
1.
Tawaran hanyalah dipelawa kepada Syarikat-Syarikat atau Pembekal-Pembekal
yang berdaftar dengan Kerajaan di Negara Brunei Darussalam SAHAJA.
2.
Pembayaran akan dikenakan sebanyak $5.00 [Sepuluh Ringgit Sahaja]
tunai (tidak dikembalikan) sebelum mengambil borang-borang
tawaran sebutharga. Pembayaran bolehlah dibuat di Mini Galeri, Aras
Bawah (LW), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
3.
Tawaran-Tawaran mestilah di buat di atas borang-borang tawaran yang
tercetak oleh Kementerian ini dan penerangan lanjut bagi mengikuti
sebutharga bolehlah datang terus ke Unit Teknologi Maklumat,
Tingkat 1 (Left Wing), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Negara Brunei
Darussalam.
4.
Bagi Syarikat/Pembekal yang berminat untuk mengikuti tawaran sebutharga
hendaklah menyertakan dan menghadapkan salinan Sijil Pendaftaran 16
dan 17 yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendaftaran
Syarikat-Syarikat dan juga Pengesahan Syarikat serta Sijil
Pematuhan Cukai (COTC) yang terbaharu bagi Syarikat-Syarikat yang
berdaftar sebagai Sdn Bhd sahaja.
5.
Borang-borang tawaran sebutharga hendaklah diisi dengan lengkap dan
memasukkannya ke dalam sampul surat yang tertutup (Sealed Envelope) dengan
menulis bilangan tawaran, nama tawaran dan tarikh tutup tanpa
membubuh sebarangan pengenalan atau identiti Pembekal atau Syarikat.
6.
Semua tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran di alamat
berikut:
Pengerusi
Jawatankuasa Sebutharga
Bahagian Kewangan, Aras Bawah,
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri,
Jalan James Pearce, Bandar Seri Begawan BS8610,
Negara Brunei Darussalam
7.
Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang telah ditetapkan atau
tawaran yang tidak lengkap, tidak akan dilayan atau diterima.
8.
Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang
Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Hal Ehwal Dalam
Negeri, Negara Brunei Darussalam, tidak akan terikat untuk memilih sebarang
tawaran yang lebih murah atau yang dipikirkan tidak munasabah.
|