|
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:
1. Pemohon adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat dan
pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha
Mula Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam.
2. Setiap borang akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak
Lima Ringgit Brunei sahaja (BND $5.00) tidak dikembalikan dan
pembayaran bolehlah dibuat di Kaunter Pembayaran, Aras Bawah, Ruang
Legar Mini Galeri, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri pada jam 08:30
pagi – 11:30 pagi dan 01:30 petang – 03:30 petang (waktu hari
bekerja).
3. Pemohon hendaklah menggunakan borang asal yang
dikeluarkan oleh Unit Pengurusan Estet, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
dan boleh diperolehi di Kaunter Mengambil Borang Tawaran/
Sebutharga, Aras Bawah, Ruang Legar Mini Galeri, Kementerian Hal Ehwal
Dalam Negeri pada jam 08:30 pagi – 11:30 pagi dan 01:30 petang – 03:30
petang (waktu hari bekerja).
4. Borang Pengakuan Penender hendaklah diisikan
dengan lengkap dengan menyatakan bahawa syarikat yang ikut serta
tidak mempunyai kepentingan atau pertalian keluarga dalam syarikat-syarikat
lain yang menyertai tawaran sama dan menyenaraikan nama-nama pekerja
tempatan yang berkerja di Syarikat yang mengikuti tawaran.
5. Borang Sebutharga hendaklah disertakan salinan Sijil
Pendaftaran Perniagaan 16 & 17 yang masih sah yang
menyenaraikan butir-butir perniagaan seperti nama, bilangan pendaftaran dan
negeri asal, nombor kad pengenalan atau paspot pemilik. Syarikat yang
berdaftar Sdn. Bhd. Adalah dikehendaki untuk menghadapkan Certificate of
Tax Compliance (COTC).
6. Setiap satu borang tawaran yang lengkap diisikan dan
disertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah dimasukkan ke
dalam satu sampul surat yang tertutup rapi dan menulis dengan jelas dengan
menyatakan Tajuk & Bilangan Sebutharga dan tarikh tutup Sebutharga
tanpa membubuhkan sebarang pengenalan atau identiti syarikat/pemborong.
7. Borang tawaran hendaklah dikembalikan dan
dimasukkan ke dalam PETI KOTAK SEBUTHARGA, KEMENTERIAN HAL
EHWAL DALAM NEGERI yang ditujukan kepada: -
PENGERUSI
JAWATANKUASA SEBUTHARGA,
KEMENTERIAN HAL EHWAL
DALAM NEGERI,
JALAN JAMES PEARCE,
BANDAR SERI
BEGAWAN,BS8610
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
8. Mana-mana tawaran yang diterima selepas tarikh dan masa
yang ditetapkan tidak akan dilayan.
9. Mana-mana perubahan harga sama ada dengan menggunakan
correction pen tidak akan diterima. Perubahan harga adalah dengan memotong
angka-angka yang tidak betul dan menuliskan angka yang betul di atasnya dan
ditandatangani serta dibubuh cop syarikat.
10. Syarikat yang berjaya hendaklah mematuhi setiap
peraturan, perjanjian yang telah dipersetujui termasuk tempoh
pembekalan dan segala maklumat yang terkandung di dalam borang sebutharga
yang diisikan oleh syarikat berkenaan. Syarikat yang berjaya juga hendaklah
memastikan pembekalan yang akan disediakan adalah dalam keadaan yang
baik.
11. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri berhak untuk
membatalkan atau menangguhkan sebutharga.
PERINGATAN – Penender yang menolak atau membatalkan tawaran
atau kontrak setelah kebenaran tawaran atau kontrak diperolehi atau setelah
tutup tawaran akan dikenakan denda selaras dengan peraturan dan
garispanduan di dalam Peraturan-Peraturan Kewangan, 2022.Kerajaan Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam tidak akan semestinya menerima tawaran-tawaran yang
terendah atau sebarang tawaran yang difikirkan tidak munasabah.
|